مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا
If any do seek for glory and power,- to Allah belong all glory and power.

Followers

Fill in the BLANK ^^

About Me

My Photo
An Obsessive & Expressive Writer. But It May Sound Out Of Sense. So,Take The Virtues,Leave The Vicious.

Saturday, April 9, 2011

Gula - gula


Was very happy to see those candies i used to eat during my childhood.

Yupi, coklat ala-ala sugus, coklat putih cap arnab tu, and candy yg ade asam masin..

And interestingly, ade banyak lagi candies yang jual kat stall tu, apollo roka la, coklat udang ade, gula-gula rse kelapa pun ade, lollipop die besar2 muke pun ade, so on so forth. I was trying to snap for their pictures tapi akak kat situ pandang pelik je ^^

Walaupun amik gambar bagai nak rak, we'd finally managed NOT to buy ANYTHING from the stall.. LOL

Thanks to Yaumil yang kasi idea soh amik gambar neh and upload them into the blog ^^ (thax for succeeding our very first date together too. Since we don't have any money to spend on shoes and dresses, so cuci2 mate je la)

kecik2 dulu bolehla nak mkn gula-gula, sekarang ni da x boleh.. Gune taktik 'kotor' kat abah, buat mke ketat2 ke, xpun bodek abah habis-habisan ke, last2 mesti dapat ^^ Tapi kalau kua dengan mama, jangan harap la nak dapat. Nak mintak pun x berani =p

Kalau dulu, gula-gula tu was like a chocolate bar, tpi sekarang they're more to 'remedies' for survival in a long and boring lecture ^__^

But then, please drink a lot of water. Candies contain A LOT of SUGAR and preservatives !

* bila fikir balik, time kecik2 dulu, men redah je nak makan ape.. x fikir pun isu2 halal ni.. aiyaa T__T


1 comments:

  1. Assalamualaikum, IZZATI?
    Alhadulillah, nama kita sama. Tak sangka kan..
    Saya tak tahu nak tulis kat mana, izinkan saya tulis disini.. Ini hanya pendapat dan pengalaman saya sendiri..

    Ok, saya ada baca cerita kamu minat seseorang dalam komen blog ustaz pahrol. Dan kita sebenarnya telah melalui perkara yang sama.

    Beberapa belas bulan dulu (dah bertukar menjadi tahun) saya.. ada sukakan seseorang. Yang peliknya, saya tak mengenali lelaki itu sungguh-sungguh, tapi saya terus teringat-ingatkan dia selepas pulang dari kerja. Saya seorang student aliran agama, dan waktu itu, saya bekerja di salah sebuah restoran sebagai cashier.

    Ingatan terhadap dia tak pernah padam, saya terus-terusan teringatkan dia. Saya kerap menyalahkan perasaan sendiri, apa yang saya ingatkan ini salah..dan salah...

    Saya tak boleh tipu perasaan sendiri, dan waktu kali kedua dia datang makan di restoran, saya makin jatuh cinta, ada semacam sesuatu yang membuat saya tertarik pada dia. Dan sebetulnya, itulah kali pertama saya suka pada orang lelaki, sangat-sangat.

    Tapi saya tak ambil langkah singkat, saya gunakan perantaraan hati saya. Terus-terusan mohon pada Allah... Dan keadaan itu tidak berubah.. Setiap kali lepas solat, saya mengalirkan air mata mengenangkan bahawa menahan perasaan cinta ini sakit, saya berdoa supaya dia jadi milik saya. Dan ia berterusan sampai setahun. Bayangkan, saya tidak tahu nama dia, umurnya, tidak tahu siapa dia sebenarnya, tapi bagaimana dia boleh kekal dalam hati dan fikiran ini? Saya pun tak pasti.. Itu semua selayaknya hanya Allah yang tahu...

    Selama beberapa bulan kami hanya jumpa 2 kali. Kali ketiga dan keempat pada tahun berikutnya pula...

    Kali kelima kami bertemu kembali, saya terpanggil untuk ke restoran itu. Dan rupanya, Allah hendak temukan saya dengan dia kembali. Saya sebak + gembira. Hampir saja saya mengalirkan air mata..

    Malam itu juga, dia meminta no saya. Mula saya mengelak sungguh2.. Tapi akhirnya saya beri juga.

    Anda tahu apa yang dia beritahu pada saya ?

    Dia sukakan saya sejak kali bertemu lagi. Saya terkejut, tapi saya berpura-pura tidak tahu. Saya rasa macam mimpi, dan saya yakin sebenarnya Allah dengar permohonan saya, Allah makbulkan doa saya.

    Di akhir cerita, saya lepaskan juga dia. Bukan waktu yang sesuai untuk saya bergelar isteri. Ya, saya dilamar dia.







    Nasihat saya pada kamu ialah : Mintalah pada Allah, jangan beritahu manusia lain tentang isi hati kamu, selayaknya Allah yang tahu segalanya. Serahkan pada Dia, susah dan senang kamu dia yang pegang. Saya risau hilang 'kemanisan cinta' apabila anda memberitahu makhluk sebelum Pencipta Cinta........

    ReplyDelete

xnak cakap ape-ape??