Thursday, July 2, 2009

kehilangan...

hati ini akhirnya telah berjaya membawa aku ke ruangan yang telah dan mungkin agak lama aku tinggalkan..aku x pernah berniat untuk menulis sesuatu di muka ini sehinggalah satu perkara yang tak pernah aku minta terjadi untuk aku nyatakan di sini..

malah,aku tidak membawa penulisan aku ini seperti kebiasaannya..kesedihan yang nyata dan jelas sehinggakan aku tak mampu untuk meluahkannya dalam medium bahasa yang lain.

Mukmin kedua selepas perginya allayarham Ammar beberapa tempoh yang lepas..Pemergian dia seakan terlalu pantas walaupun hari demi hari aku dikhabarkan dengan pelbagai perkembangan kesihatan dia yang semakin merosot..Namun,tidak pernah terjangkakan di ruangan pemikiran aku..dia dipanggil olehNYa dengan tiba-tiba.

mesej yang sangat ringkas.
hanya 4 perkataan yang tertulis tetapi kesan yang melampaui infiniti. kematian seorang insan yang jauh tetapi dekat antara rabithah hati ku ini dengan namaNya.

aku mengenali dia sebagai seorang insan yang Allah telah ciptakan dengan pelbagai bakat, semangat juang yang tidak pernah padam,keteguhan hati yang nyata Allah kurniakan hanya untuk insan sepertinya..


seorang insan yang merupakan di antara ahli-ahli Allah di syurga.Aku kagumi dia dengan segala kurniaan yang telah Allah datangkan kepadanya.Walaupun aku dan dia adalah bagai matahari dan pluto jauhnya , namun aku pasti dia adalah hamba Allah yang sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada aku untuk menjadi yang lebih baik.

aku seperti merasakan kehilangan yang amat dan maha dahsyatnya..takkan ade lagi suara penggema I.Q.nig selepas ini yang sama seperti dia..seorang da'ie yang bisa bertahan dengan ujian..insan yang tak pernah lokek dengan senyuman..

aku memang jauh.sangat jauh.tetapi kekuatan hati merasakan dia seolah-olah abangku yang telah aku kenali sejak kecilku lagi.Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang bersama. Walaupun aku dan dia tidak pernah sekalipun bertegur..Senyumannya yang bersinar tidak pernah menjangkakan bahawa dia menanggung derita Anemia Aplastik sehingga akhirnya derita itu menjerit menang..Sungguh,Allah itu Maha Mengetahui..

aku mula mengenali dia selepas menelusuri kehidupan seorang graduan Tahfiz Al-Quran ini yang malah bergelar seorang pemimpin penuh kredibiliti dan dedikasi..
malah,sifat dan keluhuran budi pekerti yang cantik mengalir dalam darah seorang pemegang dan pembawa Kitab Allah Maha Agung..

namun,Allah Maha Kuasa,dia diuji dengan bermacam2 kepayahan..Moga dia bertemu dengan Allah dengan seyuman seorang ahli Firdausi..Subhanallah!Amin...
aku tak mampu menangis walaupun hati aku cukup2 memaksa aku untuk melakukan demikian.. hanya doa yang aku panjatkan.Moga doa ini terus sampai kepadanya..

dunia telah kehilangan seorang pemudi Islam , seorang pemegang kitab Allah , penegak agama yang telah banyak berjasa.
doa ku dan sepelusuk dunia agar beliau ditempatkan bersama ahli-ahli Allah yang soleh, tempat yang telah Allah janjikan untuk insan dan hamba allah sehebat beliau..Allah menyayangi dirimu lebih dariku..


AL-FATIHAH buat ALLAHYARHAM NABIL..

dunia menangisi pemergianmu..

Info Anemia Aplastik :
Anemia Aplastik adalah penyakit dimana semua sel darah merah gagal di bentuk dengan sempurna oleh sumsum tulang. Biasanya penyakit ini disebabkan oleh tindakbalas badan terhadap selnya sendiri (proses autoimunisasi).

Terdapat beberapa gejala yang boleh dikaitkan dengan penyakit Anemia Aplastik ialah:-

* Pesakit akan mengalami keletihan yang agak teruk
* Muka penghidap akan kelihatan agak pucat
* Akan mengalami sesak nafas jika melakukan aktiviti fizikal
* Denyutan jantung agak laju dan tidak sekata
* Mudah mengalami lebam di anggota badan
* Ruam
* Hidung bedarah
* Gusi berdarah
* Pendarahan yang berpanjangan.

4 comments:

Nabila H.... said...

salam...
pergi dah sorg lg senior kita...
tp ijat...kami pelik sket...kenapa gambar yg hang letak lain dr yang len?? (n u the only 1 use this pic..hoho)
tu gmbr arwah nabil marwan gak ke?[tak cam la muka dia]
anyway...ambil ibrah dr yg telah pergi...kita teruskan perjuangan yg diorg tinggalkan..

arina said...

innalillah ..
smoge rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan hamba2 Nya yang beriman.

:::...i.2.i studio$...::: said...

masih terasa lgi..arwah meninggal dkat hospital, dkat sgt dgn rumah kte..:(

Asyila said...

Innalillah.moga arwah ditempatkan di SYURGA Allah itu.Amin.

teringat kata-kata kawan.

Peristiwa mati ini adalah Lakonan dunia oleh pelakon terbaik.

kematian beliau sbg peringatan kita spy tidak terus leka.hmmm..

btw,nape tk bole pegi reu tuh?

Post a Comment