Di kota Damsyiq , ada sebuah masjid yang bernama Masjid At-Taubah. Kira-kira tujuh puluh tahun dahulu , masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda , penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.
Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh , tetapi ia sangat fakir. Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam Masjid At-Taubah.
Suatu hari , Sulaim merasa sangat lapar, Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga , beliau merasa hampir mati kelaparan.
Otaknya lalu berfikir , apa yang harus dilakukan? Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai ataupun mencuri sesuai dengan keperluan. Ia memilih untuk mencuri.
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah - tengah kota raya . Rumah - rumah pada saat itu saling berdekatan dan saling berhampiran. Jika seseorang mahu, ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap - atap rumah. Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Ia terus melangkah ke atap rumah penduduk . Ia melihat seorang wanita dari atap tersebut , ia segera menutup matanya dan menjauh.
Kemudian dia tiba di sebuah rumah kosong, ia mencium dari dalamnya bau sesuatu masakan. Bau itu semacam magnet yang menarik dirinya untuk turun. Ia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus menuju ke dapur. Ia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung - terung ( bazinjan mahsyi ) yang sedang dimasak. Tangannya mengambil salah satu daripada terung tersebut dan segera menggigitnya.
Namun sebelum ia menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali. Hatinya segera berkata, " A'uzabillah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.''
Ia sangat sangat menyesal. Ia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.
Ia lalu kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, ia hampir tidak mengerti apa yang ia dengar.
Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing- masing, tidak ada yang masih di masjid kecuali Syeikh Sulaim dan gurunya.
Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba- tiba atang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus. Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, '' Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya telah meniggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini.Tidak ada yang menjaganya selain pakciknya yang sudah sangat tua. Ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya daripada orang jahat. Mahukah engkau menikahinya? ''
Syeikh Sulaim berkata '' ya ''
Lalu Syeikh itu bertanya '' mahukah engkau menerimanya sebagai suami? ''
Ia menjawab, '' Ya ''
Ia lalu memanggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan dua org saksi. Akad nikah pun dilaksanakan dengan segera.
Syeikh itu pun berkata, '' Bawalah suamimu ini ''
Perempuan itu lalu itu memimpinnya ke tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyinkap niqabnya, ternyata ia adalah seorang wanita yang cantik dan sangat muda. Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah tadi yang dicerobohnya.
Isterinya lalu bertanya, '' Mahukah engkau makan? ''
Ia menjawab '' ya ''
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung - terungnya. Ia segera berkata, '' Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku? ''
Syeikh Sulaim terus menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.
Isteri itu segera berkata, '' Inilah buah dari sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, lalu Allah memberikan kepadamu rumah ini serta seluruh isinya melalui cara yang halal. ''
KASIH SAYANG ALLAH KEPADA HAMBANYA
2 weeks ago









